(VIDEO) Pinjam duit Ah Long untuk sambut hari jadi kekasih, anak disebat ibu…!!

Padah meminjam wang dari ceti haram, seorang remaja berusia 15 tahun dirembat dengan rotan oleh ibunya berkali-kali, lapor China Press.

 

Dalam kejadian pada 8 Februari lalu di sebuah daerah di Vietnam, ceti haram berkenaan datang ke rumah untuk menuntut bayaran hutang dari remaja terbabit dan ketika itulah ibunya mengetahui perbuatan anaknya itu.

 

 

Difahamkan, remaja berkenaan telah meminjam sebanyak 2,000,000 dong (kira-kira RM350) dari ceti haram itu untuk meraikan sambutan hari lahir teman wanitanya.

 

 

 

Ibunya terkejut dan tidak menyangka anaknya sanggup berbuat demikian. Berang dengan perbuatan anaknya itu, dia terus mengambil rotan dan merembat anaknya berkali-kali.

 

Sedar dengan kesilapannya itu, remaja itu hanya membiarkan dirinya disebat tanpa melawan ibunya.

 

Si ibu bagaimanapun tidak dapat membayar hutang anaknya pada waktu itu, namun berjanji akan membayarnya sebaik saja dia sudah mempunyai wang yang mencukupi.

 

Rakaman video kejadian itu viral di media sosial dan ada beberapa netizen tampil mendedahkan si ibu berkenaan bekerja sebagai pekerja kilang.

VIDEO:

Rembat anak pinjam duit ceti haram

Ibu rembat anak dengan rotan sebab pinjam duit dengan ceti haram. Dahlah ibu dia takde duit, kerja kilang.Kredit: TIIN.VN

Posted by Cili Potong on Tuesday, February 13, 2018

“Apa masalah budak tu? Dia tak tahu ke mak dia bersusah payah bekerja menyara keluarga?

 

“Ceti haram yang meminjamkan wang kepada remaja itu juga patut dipersalahkan. Apa ke bangangnya mereka bersetuju pinjamkan wang untuk remaja berusia 15 tahun?” kata netizen.

 

Sumber : http://terengganutimes.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *