Video : Bapa Yuna hadiahkan lagu..Meremang semua dengar suara beliau yang..

PUTRAJAYA: Bapa penyanyi Yuna, Datuk Indera Mat Zara’ai Alias, membuat kejutan dengan mendendangkan dua lagu pada majlis resepsi perkahwinan anaknya itu di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam ini.

Sambil memetik gitar, Mat Zara’ai menyampaikan lagu Corazon Espinado yang dipopularkan Santana dan Perfect oleh Ed Sheeran.

 

Pada majlis resepsi yang bertemakan tradisional itu, Yuna anggun mengenakan busana pengantin Perak rona putih gading rekaan Hatta Dolmat.

 

Seramai 1,500 tetamu hadir memeriahkan majlis itu dengan diketuai tetamu Diraja, keluarga terdekat, kenalan mempelai, rakan selebriti, termasuk bekas peserta The Voice 2012, Dez Duron dan penyanyi serta pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari.

Kelmarin, Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara’ai, 31, sah menjadi isteri kepada pengarah video, Adam Yousof Sinclair, 33, yang juga adik pelakon, Ashraf Sinclair, di Puncak Rimba, Bukit Tinggi, Bentong.

 

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Crush itu berkenalan dengan suaminya ketika menjayakan projek iklan pada awal 2013.

 

Hubungan mereka mulai rapat pada 2015 dan keluarga Adam merisik Yuna pada 27 Mac lalu sebelum menjalin pertunangan 5 Ogos tahun lalu.

 

Lihat Video :

 

 

Sumber : BH Online

 

Leave a Reply