Pengantin baru rempuh lembu,.. suami maut isteri koma.. Al-Fatihah

Baru sahaja mendirikan rumahtangga, takdir memisahkan mereka apabila suaminya maut dan isteri koma setelah pasangan pengantin baru ini merempuh lembu.

Dalam kejadian jam 1.40 tengah hari, mangsa Muhammad Faizal Muhamad Mokhtar, 24, yang merupakan seorang mekanik dari Taman Ampang Saujana, Ampang, Selangor meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala, manakala isterinya, Nor Haleana Dali, 24, cedera di kaki kiri dan kini koma impak kemalangan .

Pasangan ini baru berkahwin kira-kira 6 bulan, mereka melangsungkan perkahwinan pada Julai 2017, jelas mereka kini dipuncak bahagia tidak disangka mereka hanya dapat bersama selama 6 bulan sahaja, Allah lebih sayangkan Faizal suami Nor Haleana.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman, berkata ketika kejadian Muhammad Faizal dan Nor Haleana dikatakan dalam perjalanan dari Ampang, Selangor menuju ke FELDA Jengka 23, di sini bagi menghadiri kenduri kahwin bapa saudara mangsa.

“Ketika tiba di tempat kejadian, tiba-tiba seekor lembu dipercayai melintas dari kiri ke kanan jalan secara mengejut menyebabkan mangsa gagal mengelak dan melanggar haiwan terbabit.

“Akibat pelanggaran berkenaan, mangsa dipercayai terpelanting ke sebelah kanan jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian, isterinya pula parah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Al fatihah buat mangsa yang terkorban. Sama2 kita doakan semoga beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Kita jua doakan semoga isterinya sembuh seperti sediakala.

Sumber: Berita Viral

Leave a Reply