Bulan Kemerdekaan-refresh!

Okey, kali ni nak throwback mengeai bulan kemerdekaan. Bagi refresh sikit ūüėČ

Peristiwa kemerdekaan

Upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu:

Tarikh: 30 Ogos 1957 Р12.00 tengah malam

Lokasi: Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil disaksikan sendiri oleh¬†Tunku Abdul Rahman. Beliau mengisytiharkan¬†laungan “MERDEKA” sebanyak 7 kali¬†di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara¬†Komanwel¬†dan negara-negara asing lainnya.

 Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan oleh tokoh agama Islam iaitu Datuk Hassan Azhari sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru dimana Islam, merupakan agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan tembakan meriam seratus satu das.

Tarikh:  31 Ogos 1957 Рbermula 8.00 pagi

Lokasi: Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

Pemasyhuran kemerdekaan

Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis dalam Jawi dan bahasa Inggeris.

Leave a Reply