Alfatihah…Bakal pengantin terbunuh kemalangan. Majlis Kahwin Bulan Depan Dan..

SEREMBAN: Seorang lelaki yang akan berkahwin pada bulan hadapan, maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Putus di sini, hari ini.

 

Abdul Saiyuti Arif Abdul Aziz, 37, dari Endau, Johor yang dalam perjalanan ke arah Kuala Pilah, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di anggota badan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Pegawai Bomba Kanan II Amer Abu Kassim, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.45 petang dan bergegas ke lokasi kejadian bersama satu jentera dan sembilan anggota.

 

Katanya, sebaik tiba di lokasi pihaknya mendapati mangsa yang memandu Honda Civic, tersepit di tempat duduk pemandu.

 

“Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit, manakala seorang lagi mangsa yang memandu Honda Accord iaitu lelaki berusia 50-an hanya mengalami cedera ringan,” katanya di sini, semalam.

 

Amer berkata, turut ditemui bersama Ahmad Saiyuti adalah kad jemputan perkahwinan, al Quran dan beberapa barangan perkahwinan.

 

Sumber : BH Online

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *